Daftar

Selebriti & Gosip Kabar artis, selebriti, dan dunia hiburan.

Balas
 
Alat Thread
Avatar konde2
konde2 konde2 sedang offline
#1
Ceriwis Lover Tanggal Bergabung: Aug 2010 child duck Post: 1.440 Rep Power: 19 konde2 ceriwis bangetkonde2 ceriwis bangetkonde2 ceriwis bangetkonde2 ceriwis bangetkonde2 ceriwis bangetkonde2 ceriwis banget
Default penyebar hiv seksi


SUASANA di dalam mahkamah di Darmstadt, Jerman sepi tiba-tiba apabila ucapan maaf dilontarkan oleh ketua band wanita terkenal negara itu, No Angels, Nadja Benaissa, 28. �Saya tidak sangka ia berlaku akibat kelalaian saya,� ujar Nadja sewaktu dibicarakan atas dakwaan menyebarkan virus kurang daya tahan manusia (HIV) kepada tiga lelaki yang menidurinya.

Nadja masih melakukan hubungan seks dengan kesemua pasangannya itu walaupun dia mengetahui dirinya positif HIV. Perbuatannya itu merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang Jerman.

Dia ditahan polis di Frankfurt tahun lalu dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam bulan hingga 10 tahun sekiranya didapati bersalah.

Wanita berdarah Maghribi dan Serbia-Jerman ini mula dikenali setelah menyertai sebuah program realiti Jerman, Popstars pada tahun 2000 dan mengalahkan seramai 4,500 peserta lain.

Kes mahkamah Nadja, ibu kepada Laila Jamila, 11, bermula selepas bekas kekasihnya yang berusia 38 tahun membuat laporan polis. Akibatnya, Nadja ditahan semenjak April lalu. Polis menahan penyanyi seksi itu sejurus sebelum dia memulakan persembahan di sebuah kelab malam di Frankfurt.

Menurut pemuzik itu, dia kini menderita kerana menghidap HIV positif yang berjangkit melalui Nadja pada tahun 2004.
�Dia membunuh saya secara perlahan-lahan dengan perbuatannya itu,� luah lelaki itu semasa disoal oleh peguam.
Meskipun mengetahui dirinya pembawa virus berbahaya itu semenjak tahun 1999, Nadja tidak memberitahu pasangannya.

Bagaimanapun, Nadja menafikan dia sengaja menyebarkan virus itu kepada orang lain termasuk dua lagi lelaki yang pernah menidurinya. Kata Nadja, dalam apa cara sekali pun, dia tidak mahu pasangannya dijangkiti.
Nadja turut memberitahu, dia baru menyedari caranya menangani penyakit itu selama ini adalah salah. Pada masa yang sama dia takut populariti No Angels akan jatuh merudum jika orang ramai mengetahui dirinya penghidap HIV.
�Doktor memberitahu saya bahawa risiko jangkitan secara teknikal adalah kosong,� katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguamnya dalam prosiding tersebut.

Nadja didiagnosis HIV positif pada usia 17 tahun ketika menjalani pemeriksaan rutin selepas disahkan mengandung.
Menurut pendakwa raya bandar Darmstadt, Ger Neuber, Nadja mengadakan hubungan seks yang tidak selamat dengan tiga lelaki pada tahun 2004 dan 2006 walaupun dia mengetahui dirinya mempunyai virus pembunuh tersebut.

Jujur



NADJA mengundang kontrovesi atas tuduhan menyebarkan virus HIV.
�Untuk itu, kami menangkap dan menahannya kerana terdapat potensi dia akan mengulang perbuatan (hubungan seks) itu lagi,� jelas Ger Neuber kepada Time.com. Kes tersebut, menurut Ger Neuber, disiasat semenjak Jun tahun lalu. Walaupun terdapat beberapa kes yang serupa di Jerman, beliau menyatakan kes Nadja menjadi luar biasa kerana dia seorang selebriti.

Mengimbas perjalanan hidup Nadja yang turut terkenal sebagai penggubah lagu dan pelakon, dia memulakan karier seni pada umur sembilan tahun.
Anak kedua pasangan Muhammed Benaissa dan Sebina ini juga berbakat bermain beberapa instrumen muzik termasuk piano.

Membesarkan anak perempuannya bersendirian selepas ditinggalkan oleh kekasihnya, Nadja mengambil kelas malam untuk mendapatkan sijil O Level.
�Tidak susah membesarkan anak saya. Malah, kelahirannya adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya,� katanya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC), Datuk Mohd. Zaman Khan berpendapat, tindakan Nadja yang tidak memberitahu penyakit yang dihidapinya merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

�Setiap orang yang mempunyai HIV positif harus melindungi pasangan mereka daripada dijangkiti. Malah, mereka mesti bersikap jujur dan mengamalkan seks yang selamat seperti menggunakan kondom,� tegasnya kepada Jurnal.

Ujar beliau lagi, bukan saja kerana mahu mengelakkan jangkitan virus tersebut, seks selamat juga penting bagi menghindari penyakit lain yang berjangkit melalui hubungan seks.

Tambah Zaman Khan, mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, tiada individu boleh mendedahkan risiko penyakitnya kepada orang lain.

�Akta ini bukan sahaja menegah sebarang penyebaran penyakit malah menyelamatkan orang awam daripada dijangkiti,� ungkapnya.



Walaupun tidak dapat memberikan statistik yang tepat, Zaman Khan berkata kes penghidap HIV positif tidak memberitahu perkara sebenar kepada pasangan banyak berlaku dan seringkali melibatkan lelaki.

Sehingga Jun tahun lalu, sebanyak 86,127 kes jangkitan HIV dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Daripada jumlah itu, 14,955 merupakan penghidap AIDS dengan 13,003 kes kematian.

Namun, menurut Zaman Khan, terdapat juga pasangan yang didiagnosis HIV positif tetapi masih mahu meneruskan perkahwinan.
�Ia adalah hak pasangan terbabit. Bagaimanapun, mereka hendaklah mengamalkan hubungan seks yang selamat dan menjalani rawatan agar pasangan dan anak tidak dijangkiti,� kata Zaman Khan.
younoob younoob sedang offline
#2
Moderator Tanggal Bergabung: Jul 2010 Post: 3.790 Rep Power: 29 younoob is blessedyounoob is blessedyounoob is blessedyounoob is blessedyounoob is blessedyounoob is blessedyounoob is blessedyounoob is blessedyounoob is blessedyounoob is blessedyounoob is blessed
Default
wah cantik2 jadi penular HIV
Avatar logite
logite logite sedang offline
#3
Moderator Tanggal Bergabung: Jun 2010 Room OTO & all ... Post: 2.679 Rep Power: 54 logite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophetlogite is Ceriwis Prophet
Default
ampun ndan jangan sampe nih ma penyakit yg satu ini..
lom ada obatna..
fikrie20 fikrie20 sedang offline
#4
Newbie Tanggal Bergabung: Jul 2010 Post: 10 Rep Power: 0 fikrie20 mempunyai hidup yang Normal
Default
kalo gk HIV mau ane juga ngetotin
Avatar
 sedang offline
#5
Ceriwis Lover Tanggal Bergabung: Jun 2010 |CB|Venue|GGS|51|B&P|SOP|FS| Post: 1.570 Rep Power: 313  is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet is Ceriwis Prophet
Default
artikelnya diambil dari web malingshit ya ndan?

Posted via Mobile Device
Avatar QueenBee
QueenBee QueenBee sedang offline
#6
Member Aktif Tanggal Bergabung: Aug 2010 Melon Kirbal Mode ON ^^ Post: 215 Rep Power: 0 QueenBee memiliki kawan yg banyakQueenBee memiliki kawan yg banyakQueenBee memiliki kawan yg banyak
Default
wew co nya jg sih mau bobo aja
Avatar rheno018
rheno018 rheno018 sedang offline
#7
Member Aktif Tanggal Bergabung: May 2010 jogja Post: 117 Rep Power: 0 rheno018 sebentar lagi akan terkenalrheno018 sebentar lagi akan terkenal
Default
koq bahasanya kyk bhs upin dan ipin nih??
raztunity raztunity sedang offline
#8
Newbie Tanggal Bergabung: May 2010 Post: 36 Rep Power: 0 raztunity mempunyai hidup yang Normal
Default
mengerikan.............. di indonesia banyak gak ya yang kayak gini ???? bbeeeuhhhh
Balas


Aturan Posting
Kamu tidak boleh membuat thread baru
Kamu tidak boleh membalas
Kamu tidak boleh mengirim lampiran
Kamu tidak boleh mengedit post kamu

BB code Hidup
Smilie saat ini Hidup
Kode [IMG] adalah Hidup
Kode HTML adalah Mati


Terkait
Thread Pembuat Thread Forum Balasan Postingan Terakhir
Aksi Si Seksi Tara Reid Buka Kaus dan Pamer Perut Seksi Milik Selebriti & Gosip 112 11 Nov 2011 02:50 AM