Meskipun kisah di sebalik simbol @ masih lagi samar-samar, terima kasih kepada Ray Tomlinson yang telah mencipta e-mail yang banyak menggunakan simbol ini.
Menurut portal BBC NEWS, Tomlinson telah memilih untuk gunakan simbol berkenaan bagi navigasi menghantar pesan karena ia jarang digunakan. Justru penggunaan simbol itu dikatakan dapat mengelak kekeliruan antara sesuatu program dengan sistem.
Keith Houston, pengarang ‘Shady Character: Secret Life Of Punctuation’ menjelaskan, simbol @ wujud pada penghujung abad 19 dan ia merupakan simbol bersifat umum, bermaksud bilangan bagi sesuatu barang pada harga tertentu.
Ahli akademik Girogio Stabile mendapati penggunaan simbol itu berbeda-beda di kebanyakan negara. Di Turki simbol berkenaan dikenali sebagai ‘rose’.
Manakala dalam kalangan penduduk Norway ia dikenali sebagai ‘pig’s tail’, rakyat Greece pula sebut ‘duckling’ dan penduduk Hungary memanggilnya ‘worm’.
Dalam kalangan penduduk Perancis, Sepanyol dan Portugis ia dikenali sebagai ‘arobase’ atau ‘arroba’ iaitu satu unit bagi menunjukkan berat atau jumlah.
Penduduk Itali pula memanggilnya ‘amphora’ bersempena balang tembikar simpanan berleher panjang yang digunakan oleh masyarakat dahulu kala.
Begitu pun penemuan terawal simbol ‘@’ adalah dalam bidang keagamaan, bila mana ia diguna bagi menggantikan huruf ‘A’ bagi perkataan ‘Amen’ yang tercatat dalam terjemahan 1345 Bulgari yang terdapat di Perpustakaan Apostolic Vatican.
![]() |
|
|
Terkait
|
||||
| Thread | Forum | |||
| Misteri Asal-Usul Pinokio Yang Bisa Bikin Kamu Bengong | Lounge | |||
| Asal Usul Misteri Terowongan Casablanca | Misteri & Horor | |||
| Misteri Asal-Usul Pinokio Akhirnya Terungkap | Lounge | |||
| Asal-usul Simbol bagi Pria dan Wanita di Dunia Sains | Lounge | |||
| Sejarah dan Asal Usul Penggunaan 10 Simbol dalam Hallowen[MUST SEE] | Lounge | |||






