| Chit & Chat Tempat mencurahkan isi hati dan mencari tips-tips berguna untuk pria dan wanita |
|
|
Thread Tools |

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: �Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
� Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
� Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
� Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
� Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
� Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
� Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
� Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
� Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
� Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
� Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
� Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
� Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
� Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
� Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
sahabat yang baik menginginkan selalu bahagia dan akan menegur kita kalau kita melenceng....karena dia akan ikut merasakan apa yang kita rasakan.


