Daftar

Kebahagiaan Lelaki, Penyeksaan Wanita


Chit & Chat Tempat mencurahkan isi hati dan mencari tips-tips berguna untuk pria dan wanita

 
 
Alat Thread
Avatar dikzzz
dikzzz dikzzz sedang offline
31st January 2011 #1
Moderator Tanggal Bergabung: Jul 2010 Post: 4.960 Rep Power: 60 dikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophet
Default Kebahagiaan Lelaki, Penyeksaan Wanita
Kutip:
Bila bercerita tentang lelaki berpoligami atau lebih familiar, kahwin dua, tiga, ramai akan mempunyai tanggapan yang berbeza-beza. Bagi lelaki tentu saja ianya amat menggembirakan sekali jika berpeluang melakukannya. Lebih membahagiakan jika peluang berkahwin dua itu dipersetujui pula oleh si isteri.

Namun, yang terseksa dan terkecewa sudah tentulah wanita! Walau pasti syurga balasannya, berkongsi cinta zahir dan batin amatlah memeritkan. Mengelak dari bermadu pula, mungkin mengundang zina di antara si suaminya dengan gadis yang diidamkan. Situasi sebegitu pula boleh menjurus kepada dosa. Inilah persimpangan dilema yang amat berat untuk ditanggung oleh mana-mana wanita sekalipun.

Tanyalah wanita mana pun, cakaplah si isteri yang bertudung labuh mana sekali pun, hati mereka tetap akan tersentuh dan tertanya-tanya...

�Apakah diriku ini masih belum cukup untuk membahagiakan suami ku?�

Sugul dan resah mulai mengintai di lubuk sanubari, hati kecil semakin terasa diusik jiwa yang sedang parah. Jantung berdetak-detik dalam keresahan sepanjang masa. Bertambah pilu lagi apabila melihat bakal madunya itu lebih muda pula dan �bergetah� kulitnya.

Maka, bertambahlah juga penyeksaan batinnya, kesedihan di hatinya dan kekecewaan yang melanda, sudah pastinya akan mengubah dirinya yang selama ini begitu sabar menjadi suri rumah.

Berbalik kepada si suami yang tersenyum simpul pula, aduuuhhh...bahagialah ya. Dapat berkahwin dengan yang lebih muda dan mendapat pahala lagi. Malah pahala sembahyang juga turut bertambah. Mana tidaknya, kalau nak dikira mengikut sistem matematik,

1. Semasa bujang pahala sembahyang : 7X
2. Sesudah kahwin pahala sembahayang : 70X
3. Bila berkahwin 2, pahala sembahyang : 140X

Haaa...kalau nak tambah lagi pahala sembahyang, kahwin 4, pahala bertambah ke 280X! Hehehe...banyak tu, bestkan?! Namun, perlu diingat ya...pahala-pahala jugak. Keadilan dan kemampuan adalah perkara utama yang wajib diambil kira dan dipastikan terlebih dahulu.

Sekiranya tiada keadilan dan kemampuan tetapi berpoligami jugak, ianya akan bertukar menjadi dosa pulak. Sudahlah tak mampu, tapi nak berkahwin lebih, bila tak mampu, mestilah setiap perkahwinan itu akan tiada keadilannya. Bila tiada keadilan, maka hilanglah tujuan sebenar poligami itu yang mana berkonsep, membantu kaum yang lemah, menjauhkan maksiat dan membawa ke arah pengembaraan suci Al-Islam. Sedikit sahaja ketidakadilan, maka berdosalah si suami, maka berjalan sengetlah dia di hari pengadilan nanti!

Jadi, apakah yang perlu kita fikirkan sekarang? Kebahagiaan lelaki yang boleh menambah pahala dan juga dosa? Atau penyeksaan wanita yang juga boleh memberi pahala besar kerana rela bermadu dan juga menanggung dosa yang bakal terjadi? Walau apa sekali pun, berpoligami sudah pasti...

�Kebahagiaan Lelaki, Penyeksaan Wanita�
 


Aturan Posting
Kamu tidak boleh membuat thread baru
Kamu tidak boleh membalas
Kamu tidak boleh mengirim lampiran
Kamu tidak boleh mengedit post kamu

BB code Hidup
Smilie saat ini Hidup
Kode [IMG] adalah Hidup
Kode HTML adalah Mati


Terkait
Thread Pembuat Thread Forum Balasan Postingan Terakhir
Wanita lebih kuat daripada lelaki sekalipun lelaki itu Hercules wendycagur Meme, Lucu & Viral 0 9th June 2012 11:24 AM
Isi hati lelaki terdalam yang tidak diketahui para wanita( Yang wanita mari disimak ) jonykebot Lounge 0 27th May 2012 04:24 PM
Lelaki Seperti Wanita Dan Wanita Seperti Lelaki dkijakarta Lounge 0 27th May 2012 04:07 PM
Kelebihan lelaki dan wanita ketawamulu Meme, Lucu & Viral 1 22nd March 2012 05:11 PM

Semua waktu adalah GMT +7. Waktu sekarang adalah 10:18 AM.