Ceriwis  

Go Back   Ceriwis > DISKUSI > Health

Health Mencegah lebih baik dari mengobati. Cari tahu dan tanya jawab tentang kesehatan, medis, dan info dokter disini

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 18th September 2010
GadoGado's Avatar
GadoGado GadoGado is offline
Ceriwis Geek
 
Join Date: Sep 2010
Posts: 13,165
Rep Power: 32
GadoGado memiliki kawan yg banyakGadoGado memiliki kawan yg banyakGadoGado memiliki kawan yg banyak
Default Masalah Glaukoma

Hampir 2% daripada mereka yang berusia melebihi 40 tahun mengidap penyakit Glaukoma. Glaukoma merupakan salah satu sebab mereka menjadi buta selain daripada penyakit katarak. Di Malaysia dianggarkan satu daripada setiap tujuh orang buta disebabkan oleh Glaukoma.

Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Bagai mata Glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf

Terdapat dua jenis Glaukoma, iaitu

1. Glaukoma Akut.
2. Glaukoma Kronik.

Glaukoma Akut
Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Glaukoma Akut memerlukan rawatan kecermasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap Glaukoma Akut

Glaukoma Kronik
Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit

Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Pengidap Glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah Glaukoma Kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan.

Tanda-tanda Glaukoma Kronik
Diantara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang penglihatan yang semakin sempit. Penglihatan menjadi kabur dan rabun. Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam). Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang

Rawatan
Apabila seseorang menunjukkan tanda-tanda Glaukoma Kronik, beliau perlu mendapatkan rawatan SEGERA. Rawatan awal boleh mencegah kehilangan penglihatan yang disebabkan oleh Glaukoma Kronik. Rawatan Glaukoma Kronik adalah mudah dan tidak berbahaya yaitu dengan :
1. Ubat titisan mata
2. Ubat makan (pil)
3. Pembedahan

Reply With Quote
Reply


Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off


 


All times are GMT +7. The time now is 03:24 AM.


no new posts