FAQ |
Calendar |
![]() |
#1
|
||||
|
||||
![]()
Wanda baru satu bulan bekerja di bidang pemasaran sebuah perusahaan kosmetik. Bulan pertama ini dia bekerja dengan penuh semangat. Dia banyak memberikan input baru, idea-idea baru yang, menurutnya, akan membantu jualan. Dia datang paling pagi kerana rumahnya jauh dari tempat kerja. Dia sangat bangga dengan pekerjaannya. Bila orang lain bertanya di mana dia bekerja, dia menjawabnya dengan penuh semangat dan kebanggaan.
Anehnya, rakan-rakan kerjanya, Andi dan Tuti, yang sudah bekerja lebih lama menganggap remeh semangat Wanda ini. Mereka berkata: "Maklum, dia masih baru." Mereka sudah bekerja dua belas tahun lebih dan ternyata semangat mereka sudah hampir hilang. Mereka tidak lagi bekerja dengan bersemangat. Tuti berasa dia tidak perlu terlalu bersemangat kerana gajinya tidak akan menjadi dua kali ganda kalau dia rajin. Untuk apa bekerja mati-matian? Begitu fikirnya. Lain pula dengan Linda, dia sering mengajak Wanda berbincang. Wanda belajar banyak dari Linda, demikian juga sebaliknya. Mereka sering berlumba antara satu sama lain untuk menjual lebih banyak, padahal Linda sudah sebelas tahun bekerja. Boleh dikatakan semangat mereka seimbang. Pada saat yang satu agak lemah, maka yang lain membantunya. Memang ada orang-orang seperti Andi dan Tuti yang berfikir untuk apa bekerja keras kalau gajinya sama saja. Mahu malas, mahu rajin, tidak ada bezanya. Untuk apa bekerja rajin-rajin, begitu kata mereka. Mereka tidak lagi memiliki tujuan dalam bekerja. Mereka melihat pekerjaan sebagai beban, bukan lagi suatu kegiatan yang menyenangkan. Bagi orang yang menganggap pekerjaan sebagai beban, biasanya ia akan merasa cepat lelah. Pada waktu dia bangun tidur, dia sudah merasa lelah untuk berangkat bekerja. Begitu sampai di pejabat, dia ingin segera beristirahat kerana merasa lelah. Maka, dia lalu baca suratkhabar, sarapan, atau melanjutkan tidur. Kemudian apa lagi? Mungkin dia akan menghabiskan waktu untuk menunggu jam pulang pejabat yang terasa tak kunjung tiba. Mereka menganggap bahawa syarikat diuntungkan dan mereka dirugikan kalau mereka bekerja lebih rajin. Mereka lupa bahwa mereka sendirilah yang rugi kalau mereka tidak bersemangat. Gerakan fizikal pasti berkurang, belum lagi kemampuan otak yang dihambat kerana dipaksa untuk pasif. Lagi pula, kerja yang kurang baik boleh menyebabkan tertutupnya kemungkinan promosi ke jabatan yang lebih tinggi. Ingat kisah Udin yang tadinya bekerja sebagai pembersih lift di sebuah kompleks pejabat, kemudian ada orang yang menawarkan pekerjaan sebagai office boy dengan gaji lebih tinggi. Mengapa dia yang ditawarkan pekerjaan? Mengapa bukan temannya yang lain? Kerana Udin tidak menganggap pekerjaannya sebagai beban. Pembersih lift yang lain tidak mempedulikan para pengguna lift, tapi Udin lain. Dia selalu membantu menekan tombol untuk membuka pintu lift, atau menghulurkan tangannya untuk menahan pintu lift tertutup pada saat ada orang yang ke luar atau masuk lift. Seandainya dia dulu bekerja malas-malasan, atau kurang bersemangat kerana gaji kecil, pasti dia akan kelihatan pemalas dan tidak akan dipilih untuk ditawarkan pekerjaan lain. Lagi pula benarkah anggapan bahwa semangat akan menurun apabila sudah lama bekerja? Justeru sebaliknya, Linda membuktikan bahawa dia tetap bersemangat tinggi meskipun dia sudah lama bekerja. Dia menyenangi pekerjaannya dan dia menikmati hari-hari kerjanya. Kesenangannya bekerja terpancar di wajahnya yang selalu bersemangat. Tingkah lakunya lincah, selalu bersedia membantu orang lain dan tidak pernah melakukan kesalahan selama di tempat kerja. Sama seperti Wanda, dia tidak pernah terlambat datang ke pejabat. Andi dan Tuti lupa bahawa keadaan hati yang kucar kacir, sikap malas, rasa tidak puas dan hal-hal lain yang mereka rasakan, akan terpancar di wajah dan tingkah laku mereka sehari-hari. Kalau sudah begitu, tentu pegawai atasan dapat melihat dan merasakannya. Akhirnya siapa yang rugi? Tentu diri sendiri bukan? Nah, kalau semangat memang sudah berkurang, apa yang harus kita lakukan? Mudah sekali. Pertama, cari kesenangan baru dalam pekerjaan. Misalnya Tuti malas membuat proposal, nah dia boleh mulai dengan menetapkan target untuk membuat proposal lebih cepat. Atau dia boleh mengubah proposalnya menjadi lebih menarik, lebih jelas, atau sekadar mencari-cari jenis huruf yang lebih sesuai. Dia akan menemukan keasyikan baru sehingga meningkatkan semangatnya. Kedua, anggaplah rintangan sebagai cabaran yang harus dikalahkan. Rintangan dan cabaran adalah hal yang sama, yang berbeza hanya sudut pandangnya. Bila dianggap sebagai rintangan, maka langkah kita menjadi lebih berat. Seperti orang berlumba lari, bila dia melihat batu-batuan sebagai rintangan, maka ia akan merasa berat. Tapi bila ia melihatnya sebagai cabaran, maka langkahnya malah lebih panjang, lompatannya akan lebih tinggi karena ia berfokus pada cara terbaik untuk mengatasinya. Di samping itu ia akan menemukan kesenangan baru. Love your job! Enjoy !
__________________
![]() |
![]() |
|
|