
31st January 2011
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2010
Posts: 4,960
Rep Power: 59
|
|
Kebahagiaan Lelaki, Penyeksaan Wanita
Quote:
Bila bercerita tentang lelaki berpoligami atau lebih familiar, kahwin dua, tiga, ramai akan mempunyai tanggapan yang berbeza-beza. Bagi lelaki tentu saja ianya amat menggembirakan sekali jika berpeluang melakukannya. Lebih membahagiakan jika peluang berkahwin dua itu dipersetujui pula oleh si isteri.
Namun, yang terseksa dan terkecewa sudah tentulah wanita! Walau pasti syurga balasannya, berkongsi cinta zahir dan batin amatlah memeritkan. Mengelak dari bermadu pula, mungkin mengundang zina di antara si suaminya dengan gadis yang diidamkan. Situasi sebegitu pula boleh menjurus kepada dosa. Inilah persimpangan dilema yang amat berat untuk ditanggung oleh mana-mana wanita sekalipun.
Tanyalah wanita mana pun, cakaplah si isteri yang bertudung labuh mana sekali pun, hati mereka tetap akan tersentuh dan tertanya-tanya...
�Apakah diriku ini masih belum cukup untuk membahagiakan suami ku?�
Sugul dan resah mulai mengintai di lubuk sanubari, hati kecil semakin terasa diusik jiwa yang sedang parah. Jantung berdetak-detik dalam keresahan sepanjang masa. Bertambah pilu lagi apabila melihat bakal madunya itu lebih muda pula dan �bergetah� kulitnya.
Maka, bertambahlah juga penyeksaan batinnya, kesedihan di hatinya dan kekecewaan yang melanda, sudah pastinya akan mengubah dirinya yang selama ini begitu sabar menjadi suri rumah.
Berbalik kepada si suami yang tersenyum simpul pula, aduuuhhh...bahagialah ya. Dapat berkahwin dengan yang lebih muda dan mendapat pahala lagi. Malah pahala sembahyang juga turut bertambah. Mana tidaknya, kalau nak dikira mengikut sistem matematik,
1. Semasa bujang pahala sembahyang : 7X
2. Sesudah kahwin pahala sembahayang : 70X
3. Bila berkahwin 2, pahala sembahyang : 140X
Haaa...kalau nak tambah lagi pahala sembahyang, kahwin 4, pahala bertambah ke 280X! Hehehe...banyak tu, bestkan?! Namun, perlu diingat ya...pahala-pahala jugak. Keadilan dan kemampuan adalah perkara utama yang wajib diambil kira dan dipastikan terlebih dahulu.
Sekiranya tiada keadilan dan kemampuan tetapi berpoligami jugak, ianya akan bertukar menjadi dosa pulak. Sudahlah tak mampu, tapi nak berkahwin lebih, bila tak mampu, mestilah setiap perkahwinan itu akan tiada keadilannya. Bila tiada keadilan, maka hilanglah tujuan sebenar poligami itu yang mana berkonsep, membantu kaum yang lemah, menjauhkan maksiat dan membawa ke arah pengembaraan suci Al-Islam. Sedikit sahaja ketidakadilan, maka berdosalah si suami, maka berjalan sengetlah dia di hari pengadilan nanti!
Jadi, apakah yang perlu kita fikirkan sekarang? Kebahagiaan lelaki yang boleh menambah pahala dan juga dosa? Atau penyeksaan wanita yang juga boleh memberi pahala besar kerana rela bermadu dan juga menanggung dosa yang bakal terjadi? Walau apa sekali pun, berpoligami sudah pasti...
�Kebahagiaan Lelaki, Penyeksaan Wanita�
|
|