Ceriwis  

Go Back   Ceriwis > DISKUSI > Misteri, Horror, Supranatural

Misteri, Horror, Supranatural Yuk baca cerita horor, lihat dan share penampakan mahluk gaib disini. Boleh juga membuka konsultasi ramalan,tarot dan sejenisnya

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 22nd April 2012
mencekam13's Avatar
mencekam13 mencekam13 is offline
Ceriwis Lover
 
Join Date: Apr 2012
Posts: 1,219
Rep Power: 15
mencekam13 mempunyai hidup yang Normal
Default Azab tinggalkan shalat

Azab Tinggalkan shalat


Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : �Barangsiapa yang mengabaikan shalat secara berjamaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang berbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan diberikan semasa di dunia antaranya :

1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.



Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1.Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.

3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.



Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :

1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat mengerikan.

2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).



Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1.Hisab ke atasanya menjadi sangat berat.

2.Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

3.Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.



Khasiat shalawat Kepada Nabi SAW






Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, �Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.�



Berkata Jibril A.S. : �Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.�



Berkata pula Mikail A.S. : �Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.�



Berkata pula Israfil A.S. : �Mereka yang bersalawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.�



Malaikat Izrail A.S pula berkata : �Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.�

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.



Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.





Kelebihan Puasa 10 Muharam




Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : � Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu derajat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.�

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : �Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?�. Maka berkata Rasulullah S.A.W : � Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir�aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura �.





Tujuh Macam Pahala Yang akan Mendapat Berkah Setelah Mati


Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1.Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi mesjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadah di dalamnya.

2.Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3.Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4.Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6.Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7.Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ia selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur�an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.



Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : �Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1.Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2.Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3.Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, �Siapakah kamu ini ?� Orang tua itu menjawab, �Aku adalah iblis.�

�Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?�

Orang tua itu menjawab, �Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku.�

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, �Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?� Iblis menjawab, �Lima belas.�

Diantaranya :

1.Engkau sendiri hai Muhammad.

2.Imam dan pemimpin yang adil.

3.Orang kaya yang merendah diri.

4.Pedagang yang jujur dan amanah.

5.Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6.Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7.Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

8.Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9.Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10.Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11.Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12.Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13.Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14.Orang yang hafal al-Qur�an serta selalu membacanya.

15.Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, �Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?� Jawab iblis, �Sepuluh golongan� :

1.Hakim yang tidak adil.

2.Orang kaya yang sombong.

3.Pedagang yang khianat.

4.Orang pemabuk/peminum arak.

5.Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6.Pemilik harta riba.

7.Pemakan harta anak yatim.

8.Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan sholat.

9.Orang yang enggan memberikan zakat.

10.Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia.� Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sudah sepatutnya kita maklum bahwa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, karena barang siapa yang menjadi kawan iblis artinya menjadi musuh Allah. Demikianlah

sebaliknya, barang siapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

Mudah-mudahan para pengujung Blog Wong Halus dapat mengambil hikmah didalam riwayat Nabi Muhammad SAW ini.



Reply With Quote
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off


 


All times are GMT +7. The time now is 06:32 PM.


no new posts