FAQ |
Calendar |
![]() |
|
Misteri, Horror, Supranatural Yuk baca cerita horor, lihat dan share penampakan mahluk gaib disini. Boleh juga membuka konsultasi ramalan,tarot dan sejenisnya |
![]() |
|
Thread Tools |
#1
|
||||
|
||||
![]()
PETUA UNTUK MEMINTA HUTANG Hari ini, penulis hendak kongsi petua atau tips minta hutang. Ini kisah benar, actually tips ini saya telah perolehi, ketika menaiki teksi ke KLIA, ketika itu penulis dalam perjalanan pulang ke kampung di KualaTerengganu. Kebiasaannya, saya memang suka berborak dengan pemandu teksi, tidak kira apa bangsa, bukan apa, saya suka korek rahsia atau sejarah kenapa beliau bawa teksi dan hasilnya saya tahu, ada ramai pemandu teksi yang mempunyai sejarah hitam dalam perniagaan seperti bankrup, pernah hidup melarat dan lain-lain lagi pengalaman yang boleh dijadikan iktibar antara kita. Kembali pada matlamat asal, iaitu untuk kongsi petua minta hutang. Dalam perjalanan saya ke KLIA tersebut, Pemandu tersebut dalam lingkungan lewat 50�an . Saya seperti biasa akan bertanya tentang pengalaman beliau membawa teksi. Sebelum ini beliau adalah seorang usahawan dan sekarang syarikatnya sedang diuruskan oleh anak lelaki beliau dan beliau bawa teksi hanya untuk suka-suka bagi menghilangkan kebosanan. Tetapi apa yang paling saya kagumi, apabila mendengar pengakuan beliau bahawa beliau tidak pernah berhutang sehingga ke saat beliau berborak dengan saya ketika itu. Alhamdulillah, sudah rezeki saya beliau menawarkan tips untuk meminta hutang daripada si penghutang, itu adalah satu tips yang amat berguna, kerana salah satu kelemahan saya adalah mengutip hutang. Bukan apa, saya tidak mahu disebabkan hutang, hubungan baik yang terjalin akan hancur. Jadi saya memegang prinsip kalau ada rezeki saya, insyaALLAH saya akan dapat balik duit saya, kalau tidak bayar, anggaplah itu satu sedekah jariah. Semalam, saya tergerak hati untuk mencuba petua yang pakcik tersebut berikan. Alhamdulillah, saya amalkan petua tersebut pada waktu pagi, saya menerima panggilan tersebut dari salah seorang yang berhutang dengan saya. Alhamdulillah, hutang yang telah berusia lebih setahun, telah langsai semalam, selepas saya memberikan no akaun kepada sahabat saya itu. Alhamdulillah, dapat balik RM500�. sukanyalah hati ketika itu tengah �sempit�lah katakan.....! Apakah petua yang telah saya perolehi itu? ~Teruskan membaca. �La ilaaha illa antasubhanaka inni kuntu minazzhalimin.� Sebanyak yang anda mampu disamping selepas solat wajib lima waktu dibaca secara terus menerus seperti ayat berikut:- Petikan dari Surah Al-Anbiya Ayat 87- Maksudnya ![]() : (Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong)melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya,tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas selama mana anda mengamalkannya kearah SIBERHUTANG. Dalam masa terdekat ia akan memulangkannya kerana terbukti akan keberkesanan ayat tersebut. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya ayat atau zikir di atas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan bolehlah anda amalkan sekiranya orang itu KERAS KEPALA atau HATI BATU ia akan lembut MENERIMA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN. Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, zikir di atas digunakan oleh Nabi Yunus a.s. Ketika ditelan ikan Nun. ���SELAMAT MENCUBA. Terkait:
|
![]() |
|
|