Ceriwis  

Go Back   Ceriwis > HOBI > Komputer & Teknologi > Shareware & Freeware

Shareware & Freeware Bertukar informasi mengenai Software berbayar ataupun gratis.

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 11th November 2011
Braincode's Avatar
Braincode Braincode is offline
Ceriwis Addicted
 
Join Date: Nov 2011
Posts: 4,638
Rep Power: 20
Braincode mempunyai hidup yang Normal
Default Marhaban Yaa Ramadhan 1431 H/ 2010 M

Assalamu'alaikum Wr.Wb.





Spoiler for Dalil Puasa Ramadan:










Dalil Puasa Ramadan



Puasa bulan Ramadan mula diwajibkan pada tahun ke-2 Hijrah. Ayat yang memerintah umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan ialah ayat 183 daripada surah al-Baqarah iaitu firman Allah S.W.T :



Terjemahannya : � Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa �.



Tatacata dan peraturan berpuasa juga diterangkan secara langsung di dalam ayat berikutnya (al-Baqarah:184). Bagi tidak membebankan umat Islam melaksanakan ibadat ini, Allah S.W.T. memberikan keizinan dan pelepasan kepada orang-orang tertentu sama ada untuk menggantikannya atau membayar fidyah :



Terjemahannya : �Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang



lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa



yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui �.



Dijelaskan lagi dalam ayat berikutnya ( al-Baqarah : 185 ) keistimewaan bulan Ramadan yang mana al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan juga golongan yang diizinkan untuk berbuka bagi memperlihatkan bahawa Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan umatnya :



Terjemahannya : � (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadan ), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur �.



Kemudian Allah S.W.T. meletakkan satu ayat ( al-Baqarah : 186 ) berkenaan dengan doa di tengah-tengah suruhan berpuasa sebagai galakan agar sentiasa mengamalkan doa ketika berpuasa bahkan pada setiap kali berbuka puasa (Ibnu Kathir : 1988 ) :



Terjemahannya : � Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul �.



Sekali lagi untuk tidak membebankan hamba-hamba-Nya, dalam ayat berikutnya ( al-Baqarah : 187 ) Allah S.W.T. memberikan keizinan sepanjang malam di bulan Ramadan untuk melakukan persetubuhan dengan isteri, makan dan minum hingga terbit fajar. Ayat berkenaan i�tikaf juga dimasukkan dalam ayat ini sebagai galakan untuk melakukan ibadat tersebut di bulan yang mulia ini.



Terjemahannya : � Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan



memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu



malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya �.



Segala pengajaran-pengajaran dan hukum-hukum Allah S.W.T. yang disebutkan di dalam siri-siri ayat yang lalu menerangkan takwa sebagai matlamatnya. Itulah matlamat yang amat besar sebagaimana telah diungkapkan kepada orang-orang yang mengerjakan puasa di permulaan ayat suruhan berpuasa dan dinyatakan sekali lagi pada akhir ayat ini :



Terjemahannya : �Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa �.






















SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN 1431 H





يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ



"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (QS Al Baqarah ayat 183)





MOHON MAAF LAHIR & BATIN












Reply With Quote
Reply


Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off


 


All times are GMT +7. The time now is 11:37 PM.


no new posts