Ceriwis  

Go Back   Ceriwis > DISKUSI > Chit & Chat

Chit & Chat Tempat mencurahkan isi hati dan mencari tips-tips berguna untuk pria dan wanita

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 31st January 2011
dikzzz's Avatar
dikzzz dikzzz is offline
Moderator
 
Join Date: Jul 2010
Posts: 4,960
Rep Power: 59
dikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophetdikzzz is Ceriwis Prophet
Default Indahnya berteman

Quote:
Saya terpanggil untuk menulis mengenai dilema yang melanda individu yang tidak berteman atau lebih tepat lagi TIADA PASANGAN!

Pasti ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada individu yang �solo� ini terutamanya jika diasak pertanyaan demi pertanyaan dari ibubapa dan teman-teman. "Ahhhhh....Bosan! Bosan!" Lebih-lebih lagi jika makcik di sebelah rumah sibuk menayang anak dara dan anak terunanya. Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan, manalah tahu jika boleh berbesan, kan!

Ehemmm, bagi yang sudah mempunyai pasangan, sudah pasti bibir sentiasa menguntum senyuman. Maklumlah, makan berteman, berjalan pun beriringan. Tidur pula diulit mimpi-mimpi indah sambil membayangkan hari-hari indah yang bakal dilalui bersama.

Persoalannya, adakah mereka yang tiada pasangan mempunyai pilihan? Jika di usia 20-an, mungkin tidak menjadi ia belum menjadi isu besar. Tetapi jika teman-teman anda sudah dikelilingi 2-3 orang anak, pasti ia memeningkan kepala anda, bukan? Namun begitu, saya pasti ramai antara mereka yang tidak mempunyai pasangan telah berusaha agar diri mereka dimiliki seseorang.
Oleh itu, bagi mereka yang berhadapan dengan dilema ini, beberapa tip yang boleh membantu anda merubah keadaan:-

Bergaul dengan banyak golongan ~ Perbanyakkan kenalan. Jangan hanya bergaul rapat dengan rakan sepejabat sahaja. Luaskan pergaulan anda jika boleh satu bangunan tempat kerja anda. Jadikan mereka rakan untuk bertukar-tukar pendapat dan menambah kenalan. Suatu hari anda pasti ketemu insan yang sesuai untuk anda.

Libatkan diri dalam majlis-majlis keraian ~ Ada baiknya jika anda turut melibatkan diri dalam majlis atau keraian yang diadakan di tempat kerja atau di kampung anda. Tika inilah nda boleh menunjukkan kebolehan anda mengendalikan majlis. Tetapi jangan lupa untuk bertegur sapa dan bertanya khabar kepada para tetamu. Manakan tau jika masih ada si dia yang 'single� memerhatikan anda!

Jangan lupa berdoa ~ Allah berpesan, �Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doamu itu. (Al-Mu�min(Ghaafir):60). Oleh itu, sentiasalah berdoa kepada Allah memohon agar dipertemukan jodoh yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah, anda akan berolehnya.


Reply With Quote
Reply


Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off


 


All times are GMT +7. The time now is 08:12 AM.


no new posts